Sape suka Lavender?



Dulu, masa beli sabun mandian ada jugak pilih yang lavendar punye wangian..Hakikatnya pada masa tu, tidaklah tahu menahu sangat pasal lavendar, bagaimana rupa bentuknya. Tapi memang suka jugak bau lavendar.

Dh dekat NZ ni, baru tgk rupa pokoknya mcm mane..Baru2 ni, selepas boxing day, aku dh kwn2 pergi buat lwatan ke farm lavendar. Mmg meluas lavendar ditanam. Daripada jauh, blh nampak purpleeee....je. Baunya, xde la kuat sangat. Rupa pokoknya mcm ala2 lalang sket..tp berbunga purple. Farm ni dibuka setiap hari untuk orang ramai. Tiada bayaran dikenakan, FOC je nak masuk tu. Owner farm ni ada juga buka sebuah kedai menjual barang2 hasil daripada lavender..pelbagai, dari sabun mandian sampai la ke gula2 yg blh mkn.



Mcm2 aksi la kami bergambar...sampai dah ketandusan idea nk pose mcm mane lagi. Tambah pulak, pergerakn agak terhad disebabkan cik BEES terbang bebas mencari rezeki. KOt2 la nnt kena sengat, padan la muka masing2. Semua selamat. Hehe. Mula2 je excited sbb x penah tgk lavendar sbyk tu. Mula2 tu, busy amik gambar, sambil2 tu duduk celah2 row lavendar konon2nya nk menikmati suasana farm sambil dengar Bees buzzing..dah lama2, takut gak. Bukan apa takut Beed naik fedup ngn kitaorg, kacau laluan diorg je. So, lepas2 puas amik gambar kami pun ngusha kedai Lavendar tu.



Trip tu x berakhir di situ saja, on da way balik kami singgah di ladang berries..Ladang berries Te Awamutu tu memang terkenal di kalangan Malaysia. Ada sorang uncle tu, dia Malaysian Chinese. Dia sudah bekerja di ladang berries tu berpuluh tahun. Sekrang pun dia dah jd org kuat ladang berries tu. So, kami ambil kesempatan untuk singgah, menikmati berries.






Apa jenis berries yang ada? Macam2..raspberry, boysenberry, summer or autumn blackberry, black raspberry. aku paling kenal raspberry dgn autum blackberry. Sebab aku dah 2 tahun berturut2 kerja picking berries kat situ..hehehehehehhe. Summer tahun je x pergi picking, sbb sibuk..lagi pun dah ramai orang picking (kali ni, ramai student sekolah yang tgh cuti). X datang keje, sampai jugak aku tahun ni tapi melawat je. Hehe. MUsim picking mula dari middle December sampai la end of April nnt. Macam2 product dibuat daripada berries ni. MAsa aku keje, yang aku kutip straight masuk punnet (container petak), an then punnet ni ada dihantar ke kilang process. Kat situ kualiti control dengan packaging punye kerja plk, aku x terlibat. Tapi apa yang terjadi dekat punnet berisi buah tadi, punnet ni akan diletak sticker company, and then terus (freshly picked) dihantar ke supermarket..antaranya supermarket terbesar dekat NZ untuk shopping groceries..Pak & Save.






Buah esp. raspberry sangat banyak ripe.....................................byk sgt2!!!! Kami duduk satu tempat je, x bergerak..tapi sangatlah kenyang memakan buah2 yang x tersempat dikutip oleh pekerja picking yang aku rasa dah ramai cukup ramai musim buah kali ni berbanding tahun2 sesudahnya. Hasilnya, kami memang kekenyangan dengan buah2 berries..Alhadmdulillah.


Comments

Anonymous said…
it's undeniable.. so fragrant, beautiful..and breath-taking^^

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Empat musim di bumi New Zealand

Kisah King Midas