Posts

Showing posts from October, 2009

Ujian Allah

UJIAN ALLAH Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta yang menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya Semoga kita terus sabar, tabah dan redha menghadapi ujian-NYa yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan para Nabi dan sahabat..AMin, Firman Allah yg bermaksud: "Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah Al-Baqarah:155] Ayuh sahabat, bangkit dari leka, tingkatkan usaha, amal dan iman! Perbanyakkan doa & tawakal...