Dah nk cuti xmas & new year! yay!


Sudah sebulan setengah cuti musim panas berlalu...dan hampir sebulan setengah juga aku bekerja di MIRINZ (Meat Industry Research Institute of New Zealand) bawah AgResearch. Fuhh..panjang sgt..

Taktau la nak cakap seronok ke apa ke bila dapat kerja kat sini. Tahun lepas waktu yang sama aku pernah berada di MIRINZ, menghabiskan cuti musim panas selama 3 bulan lebih kurang dengan daging dan by-product daging. Setakat aku bekerja tahun ini, boleh dikatakan kerja tahun ini lebih memenatkan berbanding kerja tahun lepas.

Tapi setakat yang aku lalui, walaupun memenatkan, cukup bermakna. Pengalaman yang tidak dapat kulupakan. Aku masih ingat hari pertama aku bekerja, kebetulan ada beberapa produk daging untuk dicuba sebelum dihidang di hari pembukaan ladang (Tokanui Farm) lembu baru company AgResearch, team keje aku, Meat science team adakan makan2 untuk lunch. Menu kami meat patties, beef jerky, beef sausages, and beef rotessarie (macam daging kebab). Semua daging. Ini kisah satu hari je..banyak lagi hari lain, dimana jika ada lebihan (off cut) daripada trials, kami akan ada makan2 lagi..tapi daging la...(beef or lamb)..selalu je lunch beef steak..kadang2 muak gak.


Tapi mesti korang tertanya2, aku dok makan daging2 ni, HALAL ke? Alhamdulillah, supervisor aku seorang muslim. Dia saintis yang dihormati di MIRINZ. Aku rasa atas initiatif dia, kebanyak daging yang diguna untuk trial diambil dari lembu yang disembelih halal. Dan jika ada apa2 event/function yang akan cater makanan (kalau beef), mostly yang halal. Rakan sekerja pun faham dengan keperluan kami MUslim. THanks Dr Mustafa Farouk!





2-3 minggu start keje leh kata tetiap hari makan daging...lembu ke bebiri ke..sebab masa tu juga raya haji. x cukup dengan daging korban yang orang malaysia buat, supervisor aku kasi sekor kambing bebiri, di suruhnya agihkan kambing korban tu dekat kawan2 yang belajar ni. Alhamdulillah ada saja rezeki kami. Peti penuh dengan daging korban ngan daging dapat dr tempat keje

Selalu juga aku diberi daging daripada tempat keje. Biasanya daging dari trial yg halal diutamakan untuk aku dulu, sebab everytime trial guna yang x halal, aku memang xkan dapat apa2 untuk di bawa balik. Yang aku suka skali bila dapat daging untuk buat steak, gile best! sebab nk beli pun mahal. daging...daging...daging.....bila kami dlm team borak2 ada gak kami melawak " sape2 yang nk masuk keje sini masa interview tu kena make sure bukan vegetarian...kalau vegetarian dulu2 kene reject dah..hahahah"

Esok lagi sehari keje, lepas tu cuti 2 minggu. Esok pun interesting..ada sausage sizzles..bbq, tp pagi2 buta esok aku dah volunteer nk pg milking cow, untuk milk sampling. Keje ni bukan keje team aku, tapi team dairy science x cukup orang nk pg sampling, so aku ni dengan excitednya volunteer nk bgn kul 4 pg nk pg perah susu lembu tu..wuwuuw...tabah2....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Kisah King Midas

Empat musim di bumi New Zealand