Wednesday, December 23, 2009

Pengalaman paling berharga, milking cows!


HAri last keje sebelum cuti xmas & new year, aku dikidnap oleh team dairy science untuk pergi buat milk sampling dekat Tokanui farm (AgResearch Dairy Farm). Malam sebelum pergi sampling aku x boleh tdo sangat memikirkan depa nak datang amik aku pukul 4 pagi untuk ke farm. Wuuuwuwuwu..pukul 4 lebih gitu, sempat gak aku semayang subuh dulu (subuh awal..dekat kul 4 dah masuk), depa datang amik. perjalanan ke farm tu amik masa 30 minit gak.

Dah sampai sane, dah ada satu grup lagi, depa sume saintis2 dalam area dairy ni..ada juga yang terlibat dalam sampling ni sorang yang expert dalam keje2 farming..farm person yang tolong amik sample/perah susu.

Mula2 sampai, semua mula pakai overalls masing2, kemudian gumboots. Seawal kul 3 pagi agaknya, pekerja milking cows dah start datang buat keje. So, lebih kurang kul 5 kami sampai, pekerja sudah memulakan kerja mereka. Lembu suka waktu sunyi agaknya, untuk diperah susunya.

Aku yang first time dekat farm lembu susu agak kagum melihat teknologi perah susu yang agak high-tech, sophisticated gitu. satu shed yang moving around leh memuatkan 60 ekor lembu skali gus untuk milking.

Aku x sangka lembu ni, baik je beratur nak masuk dalam shed. sume baik2..ada gak yang grumpy..dengan teknologi yang canggih, bila lembu masuk dalam shed, pekerja akan letak cup (ada 4 biji) dekat lembu, then pump ni akan start sucking. Sampai satu masa, cup ni akan jatuh sendiri, bermakna tamatlah sesi milking cow untuk lembu tu pada waktu tu. Milking cow ni dibuat 2 kali sehari. Sekali milking, leh dapat up to 9 L jugak. Tapi ada jugak sampai 3 L je. Bergantung.

Untuk tujuan sampling, kami menggunakan shed yang memuatkan 20 ekor lembu je pada satu masa. salah sorang antara kami, pergi menghambat lembu so that lembu2 ni akan masuk ke area menunggu untuk masuk shed. Dengan bantuan palang bergerak beserta siren, lembu ini akan di paksa bergerak menghampiri pintu pagar memasuki shed, so that lembu xkan wonder around and mula beatur memasuki shed. apa yang kami sampling sebenarnya untuk melihat lembu mana yang ada mastitis.

Mula2, setiap lembu diperah susunya untuk melihat sama ada mereka dijangkiti mastitis atau tidak. jika ya, sample selanjutnya akan diambil.Pengetahuan aku sangat limited pasal mastitis (sejenis infection), kalau berminat sila google ye.

Aku punye keje hanya sebagai tukang tulis. Ada juga aku tolong2 letakkan cups lembu untuk mula milking bagi lembu2 yang tidak dijangkiti. Pengalaman letakkan cup/pump tu dekat tetek lembu tidak dapat aku lupakan. Selain itu, masa milking tu ada jugak lembu tetiba berak/kencing. Kalau kebetulan tengah sampling atau put on cups/pumps tu, memang bermandikan tahi/air kencing la. Wuwuuwuw...tapi nasib baik, setakat kami buat sampling xde pula yang x bernasib baik terkene..muahahha..kalau x, mandi free la.

Setiap kali depa berak/kencing kami terpaksa la bersihkan dengan air dari paip besar. Benda alah shed tu bergerak/berpusing so bila lembu dah siap kene milked, akan keluar dengan sendirinya atau dipaksa keluar, dlm masa yang sama lembu yang baik2 beratur masuk dalam shed (amik turn la). Aku rasa role aku x penting pun, tapi byk jugak aku blaja. Aku rasa next time kalau ada keje time summer yang nk cari org nk milk cows, aku sangup je kot..haahahah...Overall aku had fun time la milking cows ni. xde la teruk sanagat kecuali bau tempat tu la. Lagi satu dapat create networking..dlm team tu, sume org baru bagi aku. dapatla aku beralih interest ke susu pulak, sebelum ni byk ami tau hal daging..Lesson nya, grab je any chance put ahead you. Aku x nyesal pergi, walau kene bangun kul 3 pg pun.

Tuesday, December 22, 2009

Dah nk cuti xmas & new year! yay!



Sudah sebulan setengah cuti musim panas berlalu...dan hampir sebulan setengah juga aku bekerja di MIRINZ (Meat Industry Research Institute of New Zealand) bawah AgResearch. Fuhh..panjang sgt..

Taktau la nak cakap seronok ke apa ke bila dapat kerja kat sini. Tahun lepas waktu yang sama aku pernah berada di MIRINZ, menghabiskan cuti musim panas selama 3 bulan lebih kurang dengan daging dan by-product daging. Setakat aku bekerja tahun ini, boleh dikatakan kerja tahun ini lebih memenatkan berbanding kerja tahun lepas.

Tapi setakat yang aku lalui, walaupun memenatkan, cukup bermakna. Pengalaman yang tidak dapat kulupakan. Aku masih ingat hari pertama aku bekerja, kebetulan ada beberapa produk daging untuk dicuba sebelum dihidang di hari pembukaan ladang (Tokanui Farm) lembu baru company AgResearch, team keje aku, Meat science team adakan makan2 untuk lunch. Menu kami meat patties, beef jerky, beef sausages, and beef rotessarie (macam daging kebab). Semua daging. Ini kisah satu hari je..banyak lagi hari lain, dimana jika ada lebihan (off cut) daripada trials, kami akan ada makan2 lagi..tapi daging la...(beef or lamb)..selalu je lunch beef steak..kadang2 muak gak.

Tapi mesti korang tertanya2, aku dok makan daging2 ni, HALAL ke? Alhamdulillah, supervisor aku seorang muslim. Dia saintis yang dihormati di MIRINZ. Aku rasa atas initiatif dia, kebanyak daging yang diguna untuk trial diambil dari lembu yang disembelih halal. Dan jika ada apa2 event/function yang akan cater makanan (kalau beef), mostly yang halal. Rakan sekerja pun faham dengan keperluan kami MUslim. THanks Dr Mustafa Farouk!

2-3 minggu start keje leh kata tetiap hari makan daging...lembu ke bebiri ke..sebab masa tu juga raya haji. x cukup dengan daging korban yang orang malaysia buat, supervisor aku kasi sekor kambing bebiri, di suruhnya agihkan kambing korban tu dekat kawan2 yang belajar ni. Alhamdulillah ada saja rezeki kami. Peti penuh dengan daging korban ngan daging dapat dr tempat keje

Selalu juga aku diberi daging daripada tempat keje. Biasanya daging dari trial yg halal diutamakan untuk aku dulu, sebab everytime trial guna yang x halal, aku memang xkan dapat apa2 untuk di bawa balik. Yang aku suka skali bila dapat daging untuk buat steak, gile best! sebab nk beli pun mahal. daging...daging...daging.....bila kami dlm team borak2 ada gak kami melawak " sape2 yang nk masuk keje sini masa interview tu kena make sure bukan vegetarian...kalau vegetarian dulu2 kene reject dah..hahahah"

Esok lagi sehari keje, lepas tu cuti 2 minggu. Esok pun interesting..ada sausage sizzles..bbq, tp pagi2 buta esok aku dah volunteer nk pg milking cow, untuk milk sampling. Keje ni bukan keje team aku, tapi team dairy science x cukup orang nk pg sampling, so aku ni dengan excitednya volunteer nk bgn kul 4 pg nk pg perah susu lembu tu..wuwuuw...tabah2....

Monday, December 21, 2009

Telah tertulis perjalanan hidupku...

Aku masih ingat lagi, sewaktu berada di sekolah rendah, aku sangat aktif, boleh dikata semua jenis sukan aku cuba, aku mewakili pasukan bola baling ke peringkat daerah, bola jaring dan bola tampar ke peringkat zon, aku dilantik sebagai itu..sebagai ini..dan dihujung tamatnya sekolah rendah, aku dianugerahkan pelajar cemerlang pd tahun itu..

Bagi aku, bila dibandingkan dengan kawan2 yang lain, ak rasa aku sangat layak untuk ke mana2 sekolah berasrma penuh. Itu memang menjadi impian aku utk ke sek berasrama penuh. sepanjang aku menghabiskan masa di sek rendah, aku sentiasa menglibatkan diri dalam apa jua aktiviti, hasrat ku ingin cemerlang akademik jugak ko-kurikulum (sukan dsb). aku sangat maklum, pada waktu itu, apa yang aku kerap kali terdangar adalah, pelajar yang ingin ke sbp/mrsm hendaklah cemerlang akademik/bkn-akademik. KUkira, segala penglibatan aku dlm sukan dan bermacam aktiviti disamping cemerlang akademik sudah melayakkan aku ke sana bila difikirkan begitu la sistem kelayakannya. Namun, takdir Allah, aku tidak mendapa tempat ke mana2..aku jadi cemburu melihat kawanku, yang selama ini tidak penah terlibat dalam apa2 sukan, juga akademik nya tidak secemerlangku, mendapat tempat di sekolah yang kuimpi2kan. tiada rezeki ku ke sana.. masih segar di ingatan ku, boleh dikatakan setiap hari ak murung seawal memulakan sekolah menengah. perkataan yang selalu aku ucapkan "x payah nk bersukan, aktif sane-sini, aktif2 pun....x layak kemana2.." sepanjang di SMART aku tidak menceburi apa2 sukan. mujur juga aku terlibat dengan aktiviti indoor. aku tidak tahu lah bagaimana segala sistem kelayakan berfungsi, tapi apa yang aku nampak paling ketara, jika sesorang itu anak berada, anak orang berkedudukan, maka tiada lagi perlunya kesungguhan dlm akademik dan sebagainya untuk layak ke mana2.. begitulah lumrah dunia sekarang ini.

aku pergi ke sekolah harian biasa, banyak yang aku belajar, ramai kawan yang ak kenali, pelbagai susah payah aku lalui..maklumlah, rumahku bukan dekat dengan sekolah, ak perlu mengambil 2 trip bus untuk sampai ke sekolah. Namun kubelajar erti susah payah dan berdikari. alhmdulilah, aku masih cemerlang akademik nya.

aku lulus PMR dengan cemerlangnya, melayakkan aku ke MRSM. Alhamdulillah. Sekarang setelah aku hampir tamat bachelor degree ku, aku menilai kembali takdir yang membawaku ke hari ini. aku teramatla bersyukur kerana diberi kesempatan berada di SMART dimana ak telah secara tidak dirancang terpaksa ditempatkan di kelas bahasa arab dan diberi kesempatan mempelajari Bahasa Arab, bahasa perantara ya Khalik dgn sang makhluknya. aku mungkn tidak mendapat kesempatan ini di SBp/mrsm. aku juga meghargai masaku membesar bersama keluarga di rumah, bkn di asrama. Aku rasa mencukupi untuk menetap di asrama selama 2 thn. Pengalaman 2 thn di MRSM cukup indah. Segalanya baru bagiku yang belum penah ke asrama. aku memiliki ramai kawan, hasil persekolahan 3 thn di SMART dan 2 thn di MRSM. Aku merasa hidup bebas sbg pelajar luar yang bkn di asrama. Aku puas. Segala yang tertulis bagiku sangat rapi, terima kasih ya Allah. Aku mungkin tidak menyedarinya pada masa itu mungkin sering mengeluh, dan pada permulaannya sentiasa murung, dan adakalanya menangis mengenangkn nasib, namun ak tidak menyedari setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Ya Allah, terima kasih jua kerana memberi kesempatan aku berjumpa ayahku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terkahir. Aku bersyukur diberikan memori yang manis bersamanya sblm dia tiada. aku bersyukur kerana aku tidak melihatnya terlantar sakit. Sebelum ayah pergi, aku berpeluang menghabiskan masa bersama, ketika itu, aku teringin skali untuk pulang ke Malaysia setelah hampir sethn aku tidak pulang. walaupun sibuk, aku tetap mencuri masa, untuk plg. tidak ku sangka, bertemunya aku dengan ayah kali ini, adalah untuk kali terakhir. NAmun aku redha, kerana masih diberi kesempatan berjumpa.. Betapa cantik perancangan-MU ya Allah. Kini aku pasti, yakin seyakin2 nya, segala yang berlaku itu ada hikmahnya, jika kita mengambilnya dengan jalan yang sabar dan tabah...

Friday, December 18, 2009

Kita merancang Dia yang menentukan

Lama dah tak kongsi ape2. ape sebenarnya dah berlaku? Paper last exam selamat diduduki pd 4 November. Lepas tu terus cuti : summer break. Masa tu ak dah tahu kene start keje 16hb. So, memang dah set mind nak rest semaksimum mungkin sblm keje between 5hb-15hb.

Tapi ada sesuatu yang sgt menyedihkan, menguji kekuatan, kesabaran & keimanan berlaku.. Perkara paling besar seumur hidup selama 20 thn lebih ni. Allah lebih menyayangi ayah. Ayah pergi meninggalkan kami pada 11 November pd jam 4.05 pg. aku mendapat berita kematian pada jam 10 pg waktu New Zealand, luruh hati...berderaian air mata...sebak sgt2..

"Bahawasanya kami kepunyaan Allah, dan bahawasanya kami akan kembali kepada-Nya"

Firman Allah:

“Setiap jiwa akan pasti merasakan kematian.” (Ali Imran : 185)

Aku redha. Itulah ketentuanNya. "Ya Allah, ampunilah dosa bapaku, tempatkannya bersama org2 yang soleh dan jadikanlah aku hamba-Mu dan anaknya yang soleh."

Segala rancangan bertukar, begitu la, kita hanya merancang, Allah jua sebaik-baik Penentu segala sesuatu.

Sunday, October 11, 2009

Ujian Allah

UJIAN ALLAH


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta yang menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak
dan mudah untuk akrab
dan dekat dengan-Nya

Semoga kita terus sabar, tabah dan redha menghadapi ujian-NYa yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan para Nabi dan sahabat..AMin, Firman Allah yg bermaksud:

"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah Al-Baqarah:155]

Ayuh sahabat, bangkit dari leka, tingkatkan usaha, amal dan iman! Perbanyakkan doa & tawakal...

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya Nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.”

Usaha, doa & tawakkal = kejayaan =))