Pergi bermusafir ke mana pulak?
Seminggu sebelum cuti adala 2 orang kakak postgrad ni ajak ronggeng area Coromandel Peninsula. Since aku pun x penah pegi, aku pun terus say "yes!". x fikir panjang sebab cuti pun 2 mgg so xtau jugak nak buat ape kan. Memang excited habis la nk g jejalan coz kat tempat keje (mgg last keje) dah mmg x keruan dah..holiday mood gila2, sbb ramai yg dh start cuti pun, ada tu amik cuti 2 hari/sehari awl.
Plannya percutian 2 hari satu malam. Satu perasaan yang sangat best bila nk start berjalan. Mmg seronok la berjalan tengok tempat orang.. yang paling utama berjalan di muka bumi Allah tengok keindahan alam ciptaan-Nya. Bila berjalan tempat orang ni sume benda nampak cantik ye? Aku teringat cerita seorang kakak ni. Kakak ni ada kawan (sbg Ayu) yang datang belajar di NZ ni juga. Kebetulan supervisor si Ayu ni penah la pergi ke MAlaysia. Kemudian SV dia tanya kenapa datang belajar sini (NZ)..si Ayu ni pun jawab, sebab NZ ni cantik, pemandangan dia mengasyikkan. Then SV dia cakap yg dia penah pg MAlaysia, dan bg dia Malaysia lgi cantik....lain dari yang lain (ayoyo...) konflik kat sini..hehe.
So, ape pengajarannya ni? Semua tempat cantik, unik..cuma bila kita dah terbiasa tu, tiap2 hari tgk, dh jadi kebiasaan kan, so dah jadi biasa la.bukan lagi luar biasa-unik-etc. HArgai la ape disekitar anda.. Sbg seorang muslim, bila berjalan/bermusafir...moga setiap yg kita perhati bkn sekadar meluaskan mata yang memandang..moga diperluakan juga minda pemikiran memikirkan betapa besarnya kuasa Allah yang Maha Agung melihatkan ciptaannya yang serba unik..gunung-ganangnya yang utuh berdiri, bukit-bukaunya, laut luas terbentang bagai tiada penghujung, hutan-belukarnya, tasik-tasik semulajadi yg indah2 belaka, langit biru..hidup-hidupan yabg pelbagai..tumbuhan, haiwan yang unik belaka..
Teringat pula lagu Mirwana bertajuk Hikmah Kembara. Macam ginilah senikata lagunya:
Di sini kau berdiri
berpijak di bumimenjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikiralam penuh rahsiaanugerah yang maha esa
(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untukmereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmatdan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwabagi hamba yang setia
Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemahdengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhanFikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasihbuktikan cinta kita..kepadanya..
ini kembara kitaBerjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannyalantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianyanilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia-MIRWANA
Sambil berjalan, perhatikan siang dan malam kepunyaan Allah dan segalanya disekeliling kita, banyak yang boleh dipelajari..yang diharapkan menjadikan kita makhluk yang sentiasa bersyukur kepada-NYa.
Firman Allah..
"Katakanlah, "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikalah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu. Katakanlah,"Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. Dan Kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-An'am: 11-13]
Semua yang tercipta disekeliling kita dijadikan untuk kita berfikir..tiada yang lain melainkan keagungan Allah s.w.t..
Bila memikirkan jalan berliku2 mmg dah fedup..tp memikirkan tempat nya cantik, ditabahkan juga. Masa jalan kaki tu, bawah panas terik.Berpeluh2. Bila melalui semua ini, semakin membuatkan kami terfikir, begini la jalan yang terpaksa dilalui untuk ke syurga abadi..yang luasnya selaus langit dan bumi. Perlunya perngorbanan yang besar untuk mencapai kesenangan/kenikmatan akhirat yang abadi. Sepanjang perjalanan aku dihiburkan dengan pohon feveretku, Pokok Potukawa..sejenis pokok yang berbunga hanya musim panas...mmg blooming la skrg.
Bunganya warna merah, mmg vibrant, geram! Kakak2 ni panggil pokok tu "pokok nana" bila ternampak tepi jalan..hehe. Sempat juga di cathedral cove, kami mandi pantai, dan hari kedua perjalanan kami singgah di Karangahake Gorge, mandi sungai pulak..
Puas...puas..!
FYI, kami pusing from Hamilton-Paeroa-Waihi-Tairua-Whitianga-Coromandel-Thames-Paeroa-Hamilton. Habisla satu Coromandel kami pusing.
JOm, ayuh..Berjalan dan bermusafirlah! =))
p/s: ada ke org x seronok pg berjalan?
p/s: ada ke org x seronok pg berjalan?
Comments