Kisah King Midas

Pernah terbaca childhood story: Raja Midas? Waktu kecil dulu, aku pernah juga terbaca, tapi ye la, tak sempat nak berfikir panjang lepas baca. Kali ini, apa yang nak dikongsikan ialah kisah pendek Raja Midas. Mungkin cerita Raja Midas ni cerita dongeng, aku pun kurang arif kesahihahnya. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini ialah kisah Raja Midas ini melambangkan manusia yang sudah kehilangan 'nilai'.

Al-kisah:-



Raja Midas seorang raja yang tamak. Dia lebih pentingkan harta dari segalanya. Apa yang dibuat, dinilai semuanya dari kaca mata ringgit dan permata. Lalu pada suatu hari, diajukan apa keinginan dan hajat utamanya, dia lantas menyatakan keinginannya agar apa yang disentuhnya menjadi emas. Seorang tukang sihir 'memperkenankan' permintaannya. Dia sangat gembira. Habis semua yang disentuhnya menjadi emas. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama.

Malang sungguh....Apabila Raja Midas berasa lapar dan dahaga, alangkah terkejutnya apabila makanan dan air yang disentuhnya turut bertukar menjadi emas. Dia mula kebingungan. Emas, walaupun sangat berharga, masakan dapat menghilangkan lapar dan dahaga. Bertambah menyedihkan lagi, apabila puteri kesayangannya datang bermanja, sang puteri turut bertukar menjadi emas apabila disentuhnya! Malang bertimpa-timpa..

Raja Midas terkejut dan sangat sedih. Saat itu dia sedar bahawa emas bukanlah segala-galanya.

Begitulah kisah pendek Raja Midas, Pengajaran dari kisah ini sangat signifikan dan relevan. ia merupakan Lambang manusia yang sudah kehilangan 'nilai'. Realitinya dalam dunia skrg, berapa ramai yang seangkatan Raja Midas? Demi 'emas' sanggup mengorbankan apa saja; kaum kerabat, saudara-mara, sahabat handai..Apakah kita dinilai oleh 'emas' Apa akan terjadi, jika hilang dicuri, terbakar or musnah...apakah nilai diri kita ketika itu?

Nilai diri letak pada hati..yg dipenuhi dgn iman & taqwa serta ikhlas... Harta benda, kemewahan hanyalah ujian dari-Nya, kehidupan ini adalah ujian..untuk melihat siapa yang amalnya lebih baik. Itulah yang kekal di-sisi-Nya. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Empat musim di bumi New Zealand