Posts

Showing posts from December, 2009

Sape suka Lavender?

Image
Dulu, masa beli sabun mandian ada jugak pilih yang lavendar punye wangian..Hakikatnya pada masa tu, tidaklah tahu menahu sangat pasal lavendar, bagaimana rupa bentuknya. Tapi memang suka jugak bau lavendar. Dh dekat NZ ni, baru tgk rupa pokoknya mcm mane..Baru2 ni, selepas boxing day, aku dh kwn2 pergi buat lwatan ke farm lavendar. Mmg meluas lavendar ditanam. Daripada jauh, blh nampak purpleeee....je. Baunya, xde la kuat sangat. Rupa pokoknya mcm ala2 lalang sket..tp berbunga purple. Farm ni dibuka setiap hari untuk orang ramai. Tiada bayaran dikenakan, FOC je nak masuk tu. Owner farm ni ada juga buka sebuah kedai menjual barang2 hasil daripada lavender..pelbagai, dari sabun mandian sampai la ke gula2 yg blh mkn. Mcm2 aksi la kami bergambar...sampai dah ketandusan idea nk pose mcm mane lagi. Tambah pulak, pergerakn agak terhad disebabkan cik BEES terbang bebas mencari rezeki. KOt2 la nnt kena sengat, padan la muka masing2. Semua selamat. Hehe. Mula2 je excited sbb x penah tgk lavendar...

Pergi bermusafir ke mana pulak?

Image
Cuti xmas & new year kali ni, aku xde plan berjalan yang gempaq2. Last year ke south island, last last year balik malaysia. This year memang xde plan! Stay dekat hamilton merasa suasana xmas dan BOXING DAY. hehe. Seminggu sebelum cuti adala 2 orang kakak postgrad ni ajak ronggeng area Coromandel Peninsula. Since aku pun x penah pegi, aku pun terus say "yes!". x fikir panjang sebab cuti pun 2 mgg so xtau jugak nak buat ape kan. Memang excited habis la nk g jejalan coz kat tempat keje (mgg last keje) dah mmg x keruan dah..holiday mood gila2, sbb ramai yg dh start cuti pun, ada tu amik cuti 2 hari/sehari awl. Plannya percutian 2 hari satu malam. Satu perasaan yang sangat best bila nk start berjalan. Mmg seronok la berjalan tengok tempat orang.. yang paling utama berjalan di muka bumi Allah tengok keindahan alam ciptaan-Nya. Bila berjalan tempat orang ni sume benda nampak cantik ye? Aku teringat cerita seorang kakak ni. Kakak ni ada kawan (sbg Ayu) yang datang belajar di NZ ...

Pengalaman paling berharga, milking cows!

Image
HAri last keje sebelum cuti xmas & new year, aku dikidnap oleh team dairy science untuk pergi buat milk sampling dekat Tokanui farm (AgResearch Dairy Farm). Malam sebelum pergi sampling aku x boleh tdo sangat memikirkan depa nak datang amik aku pukul 4 pagi untuk ke farm. Wuuuwuwuwu..pukul 4 lebih gitu, sempat gak aku semayang subuh dulu (subuh awal..dekat kul 4 dah masuk), depa datang amik. perjalanan ke farm tu amik masa 30 minit gak. Dah sampai sane, dah ada satu grup lagi, depa sume saintis2 dalam area dairy ni..ada juga yang terlibat dalam sampling ni sorang yang expert dalam keje2 farming..farm person yang tolong amik sample/perah susu. Mula2 sampai, semua mula pakai overalls masing2, kemudian gumboots. Seawal kul 3 pagi agaknya, pekerja milking cows dah start datang buat keje. So, lebih kurang kul 5 kami sampai, pekerja sudah memulakan kerja mereka. Lembu suka waktu sunyi agaknya, untuk diperah susunya. Aku yang first time dekat farm lembu susu agak kagum melihat teknologi ...

Dah nk cuti xmas & new year! yay!

Image
Sudah sebulan setengah cuti musim panas berlalu...dan hampir sebulan setengah juga aku bekerja di MIRINZ (Meat Industry Research Institute of New Zealand) bawah AgResearch. Fuhh..panjang sgt.. Taktau la nak cakap seronok ke apa ke bila dapat kerja kat sini. Tahun lepas waktu yang sama aku pernah berada di MIRINZ, menghabiskan cuti musim panas selama 3 bulan lebih kurang dengan daging dan by-product daging. Setakat aku bekerja tahun ini, boleh dikatakan kerja tahun ini lebih memenatkan berbanding kerja tahun lepas. Tapi setakat yang aku lalui, walaupun memenatkan, cukup bermakna. Pengalaman yang tidak dapat kulupakan. Aku masih ingat hari pertama aku bekerja, kebetulan ada beberapa produk daging untuk dicuba sebelum dihidang di hari pembukaan ladang (Tokanui Farm) lembu baru company AgResearch, team keje aku, Meat science team adakan makan2 untuk lunch. Menu kami meat patties, beef jerky, beef sausages, and beef rotessarie (macam daging kebab). Semua daging. Ini kisah satu hari je..bany...

Kita merancang Dia yang menentukan

Lama dah tak kongsi ape2. ape sebenarnya dah berlaku? Paper last exam selamat diduduki pd 4 November. Lepas tu terus cuti : summer break. Masa tu ak dah tahu kene start keje 16hb. So, memang dah set mind nak rest semaksimum mungkin sblm keje between 5hb-15hb. Tapi ada sesuatu yang sgt menyedihkan, menguji kekuatan, kesabaran & keimanan berlaku.. Perkara paling besar seumur hidup selama 20 thn lebih ni. Allah lebih menyayangi ayah. Ayah pergi meninggalkan kami pada 11 November pd jam 4.05 pg. aku mendapat berita kematian pada jam 10 pg waktu New Zealand, luruh hati...berderaian air mata...sebak sgt2.. "Bahawasanya kami kepunyaan Allah, dan bahawasanya kami akan kembali kepada-Nya" Firman Allah: “Setiap jiwa akan pasti merasakan kematian.” (Ali Imran : 185) Aku redha. Itulah ketentuanNya. "Ya Allah, ampunilah dosa bapaku, tempatkannya bersama org2 yang soleh dan jadikanlah aku hamba-Mu dan anaknya yang soleh." Segala rancangan bertukar, begitu la, kita hanya mera...