Lama dah tak jenguk blog..Hargai Masa

Setelah dihitung, sudah hampir 7 bln since my last post for the blog. Agak lama tu..macam2 cerita, suka duka dlm 7 bulan. Masa seolah-olah terbang mcm roket..laju. aku pulak berlari macam kura-kura mengejar masa. Waktu yg kurasakan berbulan-bulan nak kunjung tiba, terasa baru beberapa hari yang lepas aku menghitung hari tibanya waktu itu.

Adakah kita telah menggunakan masa sebaik mungkin?
Hidup ini hanya sementara, masa yg singkat diguna sebaiknya untuk menempuh hidup yang kekal abadi kelak di alam akhirat yang tidak ada pengakhirannya. Masa tidak menunggu kita, bahkan, kita la yang perlu mengejarnya. Firman Allah dalam surah Al-Asr:

" ...Demi MASA, sungguh manusia itu dalam kerugian. Melainkan kepada mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." [al-'Ashr: 1-3]





Jelas kita dapat lihat, orang yang dikatakan menggunakan masa yang sebaiknya, adalah org2 yang soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Itu ciri-ciri utama.
Oleh itu, hargailah masa, gunalah sebaik-baiknya: Beringat 5 perkara:
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati
Pandai-pandailah menguruskan masa agar tidak sia-sia. Hayatilah pepatah Arab ini yang menyebut bahawa

"Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu".

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Kisah King Midas

Empat musim di bumi New Zealand