SELAMAT PENGANTIN BARU SUHAIZA HANIM!

Hanim & Hazrell

Masa cepat betul berlalu. Alih-alih sorang lagi kenalan aku dah nak kawin. Suhaiza Hanim Hanipah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Hanim. Perkenalan yang singkat, namun taliannya begitu kuat. Alhamdulillah. Dia akan melangsungkan perkahwinan hari ini, 20 JUN 2009. Menyusuri sejarah perkenalan kami:

Masa tahun pertama di NZ, aku mmg daftar masuk Uni Hall. Uni hall ni self-catered, satu apartment, ada 4 bilik. Masa mula2 sampai, aku bertiga sekali dengan Asma dan Zahirah. Sebelum kami sampai di Waikato ni, setakat maklumat yang kami terima, memang tak ada lagi student JPA dihantar ke uni ni. Kami memang xde kenalan langsung, tiada siapa yang dapat dihubungi. Kami anggap memang tiada Malaysian langsung kat uni ni. Sejurus sampai di Uni Hall, dengan keadaan letih setelah long hours flight, kami mengiyakan saje bila ditanya oleh pengurus asrama sama ada kami nak mkn di dewan makan atau tidak untuk hari itu. Kami dah bajet2 nak amik meal vegetarian masa tu, yelah yang lain mmg sure x halal. Masa tu, kami dh redha dgn ape je..janji halal dan perut blh diisi. Masa sebelum angkat beg nk masuk ke bilik masing2, tiba2 pengurus asrama panggil seorg student yang dah masuk apartment yang akan kami masuk, dan ape yang memeranjatkan, dari jauh kami dengar, suara dan cara cakap (MANGLISH nye) mcm org MALAYSIA! hahahahaha! DING DONG! ape lagi, kami pun menjerit bagai nak rak

MALYSIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaaahaha


Ada rupenya Malaysian, and the most important thing was: she's gonna be in the same house with us! we're gonna live in the same house. First thing she said, when we met (at the same time, she was telling this to the hostel manager) : I've cooked somthing for them!


Nana, Hanim, Asma, Zahirah


OMG: Alhamdulillah! Thank God....Suhaiza Hanim...you were there. We never gonna forget that. Yelah..3 orang yang blur, baru lagi sampai...tp at least we have each other. Thats way lot better than when u first arrived ( for a week u cried eh? heheheh). Selama setahun, kami sempat bersama. She went home for good after a year, finished with her Master degree.



Nana, Hanim, Asma, Zahirah

Now, time for her to settle down, get married to the man she loves. A major step to decide indeed. Perkawinan ialah satu perjanjian yang kukuh, yang memerlukan komitmen menyeluruh ke 2-2 belah pihak.

Firman Allah; " Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami-isteri). Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil perjanjian yang kuat (ikatan perkahwinan) dari kamu" [4.21]

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia (Cepat kawan2, yang mana dah mampu tu...kawin la cepat2..hehe). Apa2 pun, Moga perkahwinan Kak Hanim mendapat keberkatan dan kekal berpanjangan. Semoga dgn ikatan yang dijalin, hidup lebuh tenang dan bermakna dan perkara yang tidak elok dapat dijauhi.

Firman Allah: "Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir" [30:21]

Hazrell & Hanim

Moga dengan ikatan yang terjalin juga, dipermudahkan jalan untuk ke-syurgaNya yang kekal abadi, tiada pengakhirannya. Dari Anas Ibnu Malik, katanya Rasuluallah s.a.w. telah bersabda:
"Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu, dan puasa sebulan penuh Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan mentatai suaminya, maka diucapkan kepadanya 'masuklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu kehendaki"



Moga Kak Hanim menjadi isteri solehah dan dikurniakan anak2 yang soleh. Anak yang soleh adalah harta yang paling berharga. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila anak Adam meniggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yag dapat memberi manfaat, dan anak soleh yang mendoakan dia"

AMINN.p/s: Tahniah sekali lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Kisah King Midas

Empat musim di bumi New Zealand