Pengalaman di New Zealand part 2- Makanan
Assalamualaikum w.b.t
OK, kali ini saya nak ceritakan tentang lokasi dine/eating out di New Zealand: specifically di sekitar Hamilton.
Oleh kerana di Hamilton tak ramai lagi M'sian, dan bandarnya juga tak berapa besar spt Bandar Wellington, Auckland dan Christchurch, maka tiada satu pun restoren yang menjual makanan Malaysia. Jadi tak boleh la nak order teh tarik ke, roti canai ke, or satay, mee basah. So, memang tak ada, kena buat sendiri tak pun pergi la bertandang di rumah2 malaysian (hehe-cara mudah)
Bila malas memasak, terpaksa makan di luar. Ada beberapa kedai makanan halal spt:
1) D'lishis (dahulunya Flambe)- ada beberapa franchise. kedai ni ala2 KFC, Mc'D sebab ada jual ayam goreng, chips, burger- fast food pendek cerita
2) Royal Indian Restaurant, South Indian Restaurant, Curry Pot- Ala2 kedai mamak. Tapi tak berapa nak serupa, sebab makanannya jauh lebih sedap. Cth: butter chicken, butter prawn, chicken tikka masala, lamb curry, prawn malabari, palak paneer, mango lassi etc. Teh tarik xde.
3) Panchos: Makanan mexico
4) Kebab slateen, Salmarasoi: Kebab + makanan arab + indian
5) Nando's
Kalau kalian pergi Auckland, macam2 pilihan juga ada di sana. M'sian restaurant quite a few. Kebab halal merata2. Fast food yang boleh tahan sedap: CFC-Country fried chicken.
Sesiapa yang come across this entry, dan planning nak ke Hamilton khususnya or Nz boleh jadikan celoteh saya ni sbg sedikit panduan jalan2 cari makan anda.
Comments