Manusia dan Ujian Allah

Assalamualaikum

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Saban hari kita diuji Allah untuk dinilai siapakah hamba-Nya yang sabar dan paling dekat dengan-Nya. Tidak Allah jadikan kita sia-sia di muka bumi ini melainkan untuk memperbesarkan-Nya. Kita diuji dengan kemiskinan, kematian, penyakit. Malah kekayaan juga merupakan satu bentuk ujian dari Allah.

"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah Al-Baqarah:155]

Maka orang-orang yang bersabarlah memperoleh keberuntungan di dunia dan di akhirat kelak sebagaimana dijanjikan Allah.

Kemuliaan manusia bkn terletak pada kegagahan dan penampilan dan kekayaan. Kemiskinan pula bukan membawa maksud hidup seseorang itu sengsara. Sifat manusia dalam menghadapi ujian Allah digambarkan dalam ayat..

“(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: ‘Tuhanku telah memuliakan daku!’ Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: ‘Tuhanku telah menghinakan daku’!” [Surah Al-Fajr: 15-16]

Kita tidak mahu menjadi golongan yang digambar Allah dalam ayat yang disebut di atas. BIla kesenangan diberi, tidak disyukuri, bila kesusahan, malapetaka dan pelbagai lagi ujian melanda semakin jauh dirinya dgn Pencipta-Nya. Harapan kita, semoga Allah menjadikan kita sebahagian daripada golongan hamba-Nya yang disebut dalam hadis Nabi S.A.W. di bawah:

Daripada Abi Yahya Shuhaib bin Sinan berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” [Hadis riwayat Muslim]

Ujian Allah dalam apa bentuk sekalipun dihadapi dengan sabar. Sungguh Sabar itu sebahagian daripada Iman. Sentiasalah berpesan2 dgn kesabaran kerana sifat sabar itu amat dituntut oleh Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Kisah King Midas

Empat musim di bumi New Zealand