koleksi pohutukawa

Assalamualaikum

Pejam celik dah bulan disember balik. Apa yang best bulan disember ni, mestilah cutinya yang panjang. SUMMER BREAK. Summer holiday 2007/2008, selepas saja habis pengajian tahun 1, saya dan rakan2 undergrad di Hamilton segera pulang ke Malaysia, menghabiskan cuti 3 bulan lebih di tanahair.


Summer holiday 2008/2009 pula, saya tidak berkesempatan untuk pulang kerana bekerja sepanjang 3 bulan. Namun, dicelah2 tempoh bekerja, sempat juga travel sewaktu cuti xmas dan tahun baru yang agak panjang lebih kurang 2-3 minggu. Begitu juga summer holiday 2009/2010, pun disibukkan dengan hal bekerja, hanya sempat travel waktu xmas & new yr holiday.


Summer 2010/2011 tak sempat nak berjalan sangat walaupun tak bekerja. bukan ape, pengajian pun hampir tamat, tapi kerja belum siap sepenuhnya. tambah pula, bajet mmg tight sikit memikirkan balik malaysia nanti perlu pg job hunting. hehe. Tapi 3-3 summer, sy sempat jumpa pokok feveret sy yang menjadi icon New Zealand. POHUTUKAWA.


Pokok feveret: Pohutukawa



POHUTUKAWA


Saya tak pasti sejak bila sy begitu berminat dengan Pohutukawa. Tapi kwn2 sekeliling yg terdekat mmg dah tahu: Zana=Pohutukawa. Hehe.. Pohutukawa adalah sejenis pokok berbunga merah terang yang akan tumbuh mekar apabila menjelang christmas. Berbeza dengan xmas di northern hemisphere yang disambut dengan snow & winter, xmas di southern hemisphere sinonim dengan pohon pohutukawa dan bunganya yang merah menyala yang tumbuh dengan lebat sekali pertengahan disember hingga penghujung januari. Pohutukawa tumbuh mekar di gigi pantai dan kawasan berdekatan dengan pantai. Apa2 saja yang ada bunga pohutukawa sy rasa nak beli..huhuu. bahaya jugak. POKAI la. Tapi sy masih waras berbelanja. Kesudahannya, sy snap byk2 gambar pohutukawa bila jumpa kat mana2 untuk kenangan masa tua. hehe (terlalu obsess ni!)


Koleksi pohutukawa: Cap dgn embroided pohutukawa


Merasmikan cap pohutukawa semasa merentas Tongariro National Park



Ni gambar latest dengan pohutukawa

Kenangan terakhir (kot) bersama pohutukawa: Onetangi Beach, Waiheke Island (4/12/2010)


Koleksi pohutukawa: Fridge magnet



Bulan 12: Pohutukawa tengah merimbun



Pantai di New Zealand: Dipenuhi dengan Pohutukawa



Kenangan Pohutukawa: Hot Water Beach, Coromandel (24/12/2009)

Ada lagi koleksi barang pohutukawa iaitu mug pohutukawa. Tak sempat nak letak kat blog sebab dah selamat terselit dalam kotak untuk dihantar balik ke m'sia. Heheh. Pasni, takde dah nak jumpa pohutukawa. Kene datang NZ lagi la kot kalau nak tengok. Antara nikmat yang Allah berikan kpd sy, kepuasan melihat pohon Pohutukawa tumbuh melata, subur di bumi-Nya, New Zealand. Satu ketenangan yang sukar digambarkan. Alhamdulillah!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Empat musim di bumi New Zealand

Kisah King Midas