Syukur Nikmat

Allah mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya kerana Allah bersifat Maha Pemurah, tinggal lagi kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa berusaha mencari rezeki, berdoa kepada-Nya moga dipermudahkan rezeki itu dan bersyukur dan redha atas nikmat yang diberi. Jika dihitung nikmat Allah nescaya kita tidak dapat menghitung. Nikmat Allah terlalu luas. Carilah rezeki Allah dimana2 sahaja..asalkan yang baik lagi halal. Rezeki yang diberkati adalah rezeki yang terhadapnya kita sentiasa merasa cukup malah boleh lagi memberi dan bersedekah dan menggunakannya pada jalan bermanfaat yang lain . Orang yang merasa cukup adalah orang yang bersyukur. Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..jgn pula mecontohi kisah Qarun yang diceritakan di dalam al-Quran sebagai orang yang kufur nikmat. Qarun begitu angkuh dengan harta yang dikurniakan Allah kepadanya. Di dalam Quran Allah menceritakan

"Qarun berkata, "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku"....."[Surah al-Qasas: 78]

Begitu angkuh kata-kata Qarun..Akibat sifat angkuh dan sombong Qarun terhadap nikmat berupa harta yang diberi Allah, Allah membalas dengan azab-Nya yang pedih.

"Maka Kami benamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam Bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah, dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)" [Surah al-Qasas: 81].

Marilah sama-sama mengambil pelajaran dari kisah Qarun yang terang-terangan diceritakn melalui kalam Allah.

" ..Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)" [Surah al-Qasas: 82]

'Ya Allah..ya Allah..ya Allah..Tuhan yang Mengurniakan rezeki, limpahilah kami dengan rezeki-Mu dan jadikalah kami hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu'

Comments

LA ANA - HAQ said…
iya memang benar adanya...jika kita menghitung tidak akan sanggup menghitungnya...setiap naik turunnya nafas, setiap detakan jantung, setiap denyutan nadi apakah manusia sudah menyadarinya...apakah manusia mau menyombongkan diri...

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Empat musim di bumi New Zealand

Kisah King Midas