WUMA Bowling Tournament




Setelah agak lama WUMA (Waikato University Malaysian Association) tidak beraktiviti, esok tibalah masanya ahli kelab berentap untuk bergelar juara bowling Hamilton.



Penyertaan agak mendapat sambutan walaupun tempat yang ditawarkan agak terhad berikutan bajet yang sederhana saja untuk event kali ini (kepada yang tak sempat register as a player, minta maaf banyak2, next time could be yours). Peserta yang terlibat 28 orang, 4 org satu team. jadi semua sekali yang bertanding, 7 teams untuk rebut hamper bernilai $30 (1), $20 (2) dan $10 (3).

Hamper kami sedia tidak sehebat ini ye? jgn kecewa ye!


Pertandingan diadakan di SkyCity Bowling, Hamilton city. Yang tak main pun turut dijemput sama untuk memeriahkan lagi suasana. rasanya, untuk aktiviti kali ini, lebih ramai yang akan datang sebab, perserta2 terdiri daripada para bapa dan suami dan ibu. Harap-harap, aktiviti ni dapat memberi ruang untuk Malaysian untuk berkenalan, berkongsi cerita dan pengalaman yang secara tak langsung dapat mengeratkan silaturahim di samping memupuk semangat kepasukanan dan sebagainya. sebagai Bendahari WUMA, esok (1/8/09) banyak la sket keje.....kutip duit lagi....hadiah dah selamat dibungkus. Ready semua?? kita tgk siapa menang ye?Jom tunjuk skill masing2!


Jom pakat turun ramai2, tunjuk bakat terpendam anda!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Empat musim di bumi New Zealand

Kisah King Midas