3 Minggu pulang ke Malaysia
Sudah hampir sebulan tiada sebarang post baru dibuat... sekarang sudah hampir seminggu ak balik dari malaysia. waktu 3 minggu terasa sangatlah pendek. celik mata, skrg dah dekat NZ balik. hehe. Tempoh 3 minggu di malaysia, aku isi sepenuhnya dengan aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga aktiviti bersama perut. hehe.
Mula-mula sampai setelah hampir setahun tidak pulang, bahang hangat dek cuaca yang begitu panas di malaysia mula terasa. Mcm cacing kepanasan?? Dengan perubahan cuaca sebegitu, (ye la, di NZ winter) mudah saje suhu badan pun naik. Pengalaman yang tak dapat dilupa bila ak nahas2 nak kene kuarantin for a week in Hosp. Sg Buluh, suspected for INfluenza A H1 N1. Gile ape?? Balik pun 3 minggu je, kene kuarantin seminggu, apa jadah? Cuak kejap masa tu.... al-kesah nya: Masa ak sampai kat KLIA tu, ada dalam sejam lebih sebelum ak catch connecting flight ke Kuantan. Berkejar-kejar la nak dptkan boarding pass. Alih-alih sebelum lepas immigration, ada nurse2 yang bukak booth check orang yang demam. Masa tu, suhu badan ak tinggi sket, dia ingat ak demam (suspect H1N1). Tp aku tak demam langsung, takde tanda2 langsung. Then nurse tu suruh ak duduk, cool down dulu, bukak tudung sket bagi angin masuk sket then bagi ak minum air. lebih kurang 10 minit lepas tu (dah la ak kejar masa), bila nurse check suhu badan ak skali lagi, baru la suhu yang tinggi sket tu turun....fuhh! lega...............kalau kene kuarantin, mak bapak pun xleh tgk..sadis tu....makin sakit agaknya ak dekat hospital tu! Itu la story yg scary nye.
Kenapa nak balik sgt walaupun sekejap? Siap ponteng kelas lagi seminggu, cuti sebenarnya 2 minggu je. =) Mesti la sebab nak jenguk parents, last time ak balik, sebab emergency, ayah ak tetiba collapse and masuk CCU. So, balik this time nak tgk perkembangan kesihatan dia. Abg pun dah 6 bulan xleh jalan sebab accident, so balik tgk abg skali. Lagi satu, anak saudara ak skrg dah cecah 10 bulan, nak jugak tengok dia sebelum dia boleh jalan.
Bila lagi nak balik ni???
Kenapa nak balik sgt walaupun sekejap? Siap ponteng kelas lagi seminggu, cuti sebenarnya 2 minggu je. =) Mesti la sebab nak jenguk parents, last time ak balik, sebab emergency, ayah ak tetiba collapse and masuk CCU. So, balik this time nak tgk perkembangan kesihatan dia. Abg pun dah 6 bulan xleh jalan sebab accident, so balik tgk abg skali. Lagi satu, anak saudara ak skrg dah cecah 10 bulan, nak jugak tengok dia sebelum dia boleh jalan.
Salah satu tujuan balik- Abg yang sudah lebih 6 bln accident. Posing dgn anak kesayangannya.
Musim durian- Ak tidak ketinggalan menikmati musim yang kali ini, menjadi-jadi betul. Ada dimakan terus, ada dibuat Tempoyak
Lagi satu, kene ada reason ke nak balik??? Rumahku syurgaku..hehhe...in my heart, its always a place called HOME. Kesempatan blk ke kampung ak guna untuk menikmati seafood yang payah nak jumpa di NZ atas sebab2 tertentu (frozen atau mahal). Ketam, sotong, udang, kerang, ikan pelbagai jenis (kerisi, kerapu, tongkol, selar, gelama, kembung, putik nangka, selar kuning...fuhh! mmg x jumpa dekat NZ) hahaha...Musim durian- Ak tidak ketinggalan menikmati musim yang kali ini, menjadi-jadi betul. Ada dimakan terus, ada dibuat Tempoyak
Bila lagi nak balik ni???
Comments