SELAMAT PENGANTIN BARU SUHAIZA HANIM!
Hanim & Hazrell Masa cepat betul berlalu. Alih-alih sorang lagi kenalan aku dah nak kawin. Suhaiza Hanim Hanipah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Hanim. Perkenalan yang singkat, namun taliannya begitu kuat. Alhamdulillah. Dia akan melangsungkan perkahwinan hari ini, 20 JUN 2009. Menyusuri sejarah perkenalan kami: Masa tahun pertama di NZ, aku mmg daftar masuk Uni Hall. Uni hall ni self-catered, satu apartment, ada 4 bilik. Masa mula2 sampai, aku bertiga sekali dengan Asma dan Zahirah. Sebelum kami sampai di Waikato ni, setakat maklumat yang kami terima, memang tak ada lagi student JPA dihantar ke uni ni. Kami memang xde kenalan langsung, tiada siapa yang dapat dihubungi. Kami anggap memang tiada Malaysian langsung kat uni ni. Sejurus sampai di Uni Hall, dengan keadaan letih setelah long hours flight, kami mengiyakan saje bila ditanya oleh pengurus asrama sama ada kami nak mkn di dewan makan atau tidak untuk hari itu. Kami dah bajet2 nak amik meal vegetarian masa tu, yelah yang...