Rezeki dari Laut China Selatan
Berhujung minggu di kampung sempena cuti 3 hari Krismas, sempat juga aku dan keluarga beriadah mencari makhluk Allah yg berhabitat di pantai. "BAGIK" nama diberi; panggilan ini sinonim bagi famili aku, tapi tidak untuk orang lain. Sebutan 'gik' disebut ala-ala 'gate' bunyinya. Kerap kali ditanya kawan2 terdekat tentang makhluk ini, namun tak ramai yang tampil menamakannya.
'Bagik' ini hanya akan dicari pada musim tengkujuh di pantai timur, biasanya musim hujan bulan 11-12-1. Dicari hanya pada waktu air laut surut, di sekitar lopak2 air. Tanda-tandanya, ada 2 lubang yang bertentangan dan berbuih/bubble or ada kekuningan sekitar lubang. Alatan yang digunakan mudah saja, iaitu rotan yang dibuatkan mata tajam dan ditakir supaya bergerigi (betul ke bahasa aku ni? faham tak?)
Cara-cara tangkap: Masukkan rotan bermata tajam tadi dalam salah satu lubang dengan pantas, jika ada rezeki, 'bagik' tersebut akan terkena dan akan menutup cengkerangnya dan mencengkam pada rotan. Rotan dihenjut perlahan-lahan sambil mengeluarkannya sehingga ke permukaan pasir pantai.
Begitulah nikmat Allah yang tidak terhitung, di darat, laut dan dimana2 sahaja. Rezeki sudah disediakan-Nya di darat, di laut, dan di langit. Akan tetapi, ia tidak datang bergolek kepada manusia. Ia harus dicari atau diusahakan. Firman-Nya:
"Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih" [QS. An-Nahl: 14].
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah....Pengalaman mencari 'bagik' sungguh mengujakan...memang terasa excited habiis nak ke pantai untuk mencari 'bagik'. Bukan untuk dimakan sangat, tapi lebih kpd rasa seronok mencari. Ada yang dimasak, selebihnya akhirnya, diberikan kepada kawan2 dan jiran tetangga. Berada di pantai memberi ruang untuk aku menginsafi kejadian alam yang ditakdirkan Allah spt Tsunami, terasa diri ini teramat kecil sekali di muka bumi Allah dan terbayang-bayang pula nikmatnya syurga yang hakiki yang luasnya seluas langit dan bumi; Firman-Nya:
"Belumba-lumbalah kamu sekalian untuk mendapatkan ampunan Tuhanmu dan syurga yang luasnya SELUAS LANGIT dan BUMI yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya" [QS. Al-Hadiid: 21]
Inilah rupa 'bagik' tersebut. U guys have any idea what species is this?
Comments
cik zana syg...len kali da masak byk2...bw la blk kl...blh rasa..hehe...yg fresh tu pun da buat org terliur...blum masak lg...ada masa bila nk date?