Kursus Membina Keluarga Bahagia
Assalamualaikum...
Lama dah tak update. Tiba2 update pasal kursus keluarga kan, apa cerita?? Hehe..
Untuk pengetahuan sahabat2 semua, saya baru saja melapor diri bekerja di Kementerian Sumber Asli di Putrajaya. Kebetulan ada hebahan mengenai Kursus ni melalui jabatan. Agak last minit pemberitahuannya, iaitu sehari sebelum. Kursus dianjurkan oleh JAWI cawangan Putrajaya.
Kursus diadakan pada hari Sabtu, pagi sampai petang. Nah, dalam otak berpusing ligat..bermonolog dalaman pada hari Jumaat sebelumnya, "perlu ke aku pergi? Dah la baru lagi masuk kerja, 1st weekend pula, kawan pun tiada lagi, nak pergi seorang??" Akhirnya, keputusan diambil, maka hari ini, muncul la saya di Masjid Besi Putrajaya, menghadiri kursus percuma ni. Haih...orang nak bagi ilmu percuma, tak mau ka?
Alhamdulillah, kiranya, kursus ini insyaAllah menjadi pelengkap persediaan saya ke arah membina rumahtangga bahagia kelak, Aminn..Sepanjang kursus, ketiga-tiga ceramah memang layak diberi pujian melambung..penyampaiannya yang bersahaja dan sangat menghiburkan. TAK KERING GUSI..ketawa mcm nak pecah perut ye? hehe. Begitu lah, input-input penting untuk membina keluarga bahagia diselangi oleh jenaka2 yang begitu menyenangkan. Alhamdulillah, all day sengih, hilang semua stress yang ada.
Maka dengan ini, saya ingin berkongsi sedikit..
Berkahwin dengan niat yang utama: Untuk mendapat REDHA ALLAH, insyaAllah perkahwinan mendapat berkat dan asas2 perkahwinan seperti berikut akan tercapai:
1. Sakinah : Ketenangan
2. Mawaddah : Hidup sentiasa dalam kehangatan cinta
3. Rahmah : saling sayang menyayangi..
Pasangan suami/isteri perlu ada sifat ni: CARESS
C are
A ttention
R espect
E mpathy
S upport
S pecial
Setiap pasangan perlu kenali kelemahan diri jikalau ada seperti dalam senarai di bawah. Setelah dikenalpasti, maka perlu ada koreksi diri yang perlu dibuat segera sedikit demi sedikit agar dapat mengelak timbulnya konflik rumahtangga. Contoh kelemahan yang perlu dikenal pasti:
emosional
menuduh
cepat marah
cemburu buta
enggan mengalah
cerca
degil
ego
lalai/cuai
malas
suka menyakiti
menghina
boros
tamak
dll
Sebagai guideline, berikut adalah ciri2 pasangan soleh/solehah:
1. Mentaati pasangan
2. Melayani pasangan
3. Sama-sama mendidik anak
4. Menjaga kehormatan dan maruah
5. Menggembirakan pasangan
6. Mendoakan pasangan
InsyaAllah, kepada sahabat2 yang telah berkahwin mahupun yang belum, sama-sama kita merenung sedikit perkongsian ini dan mengambil langkah yang proakatif, insyaAllah ke arah membina keluarga yang bahagia, mendapat berkat dan redha Ilahi. Asas Ummah yang gemilang adalah keluarga yang terdidik dengan acuan Islam yang sebenar. Wassalam.
Comments