Tuesday, July 5, 2011

Dari Baitul Maqdis ke Ka'bah: Hikmah perpindahan Kiblat Umat Islam


Assalamualaikum

Sedikit perkongsian kali ini berkenaan dengan perpindah kiblat umat Islam dari menghadap ke arah Baitul Maqdis kemudian ke arah Ka'bah di Mekah.

Ketika Nabi Muhammad SAW berada di Mekah, di tengah-tengah kaum musyrikin, Baginda berkiblat ke Baitul Maqdis. Tetapi setelah 16-17 bulan Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, di tengah-tengah orang Yahudi dan Nasrani, baginda disuruh oleh Allah SWT untuk berkiblat ke Ka'bah.

Orang-orang yang kurang berfikir tidak dapat memahami maksud pemindahan kiblat tersebut.

Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 142 Allah SWT berfirman yang bermaksud " Orang-orang yang kurang akal fikirannya di antara manusia akan berkata, ' Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?' Katakanlah, 'Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." [Al-Baqarah: 142]

Hikmah Perpindahan

Antara hikmah perpindahan adalah hal ini dapat memberi pengertian bahawa yang paling utama dalam ibadah solat bukanlah menghadap ke arah Baitul Maqdis dan Ka'bah yang menjadi tujuan, tetapi menghadapkan diri kepada Allah SWT. Untuk persatuan umat Islam Allah SWT menjadikan Ka'bah sebagai Kiblat (source: Al-Quran dan terjemahannya). Umat Islam dari segenap penjuru muka bumi menghadap ke satu arah iaitu Ka'bah sebagai simbolik penyatuan, penyembahan Tuhan yang Satu yang Maha Esa, Allah SWT.

Wa Allahu A'lam

Semoga bermanfaat.


1 comment:

yudi007 said...

apa benar yang kamu buat thu baitul muqdis
itu sepertinya bkan masjid baitul muqdis
itu tipu daya yahudi