Posts

Showing posts from January, 2010

Sehari di Rotorua

Image
Trip sehari ke Rotorua, lebih kurang sejam setgh dari Waikato Uni di Hamilton. Trip hari Sabtu 30/1/01 ni sebenarnya untuk bawa Kak Sha dari Canterbury uni jalan2 North Island. Tempat paling dekat dan menarik Rotorua la. Mula2 singgah di Agrodome, sebenarnya tempat sheep show. Show ape? show macam mane nk dapatkan wool dari sheep (sheep shearing) n sheepdog..hehe..tapi hanya dapat lihat sheepdog, sbb x masuk dalam pun =( Kena bayar mahal. Ini la rupa sheepdog. Kebetualan ada free show dekat luar Agrodome. Tengok tu sheep kene asak dengan sheepdog tu. Sheep dog ni mmg dengar cakap btl. Bila dia stat jalan 2-3 langkah then the owner cakap "lay down", sheepdog ni terus duduk..berhenti dari takut2kan/kejar sheep. hehe..mcm gitu la serba sedikit cerita sheepdog ni. Sume sombong, xnk pandang camera, jual mahal! xpe.. Dekat area yang sama, x jauh dari Agrodome, ada Zorb..main golek2 dalam bola besar ni dari bukit. Hanya menjadi pemerhati..x kuasa la nk spend 50 dolar untuk golek2 da

Nikmat hati, mata dan telinga

Allah berfirman dlm surah Al-A'raf yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" [7:179] Ya Allah, jadikahlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu....

Cuakness

Image
Cuakness melanda....adehhh..ape pasal? esok kene pergi sampling lagi. sekali lagi ke salughterhouse tapi tempat lain pulak. expect the worst. So kalau problem esok xde la kecewa sangat. Pesal berdebar tak tentu pasal ni? hish...entah la. tunggu dan lihat esok. Harap2 semua berjalan lancar spt dalam plan. Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman yang baik dalam apa yang bakal aku lakukn dan permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini.

Menangani Stress Cara Islam

Image
Sekadar berkongsi artikel yang ditulis oleh saudara KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR di ruangan bicara agama Utusan Online. Mungkin korang penah terbaca sebelum ni. Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat. Banyak imp

Slaughterhouse yang mengerikan!

Image
Inilah rupanya lebih kurang tempat yang dipanggil slaughterhouse. Penuh dengan heavy machine, yang sentiasa bergerak dan pastinya bising. Selain machine yang bergerak, untuk memudahkan pekerja menguruskan rangka lembu, mereka disediakan platform yang boleh bergerak ke bawah ke atas, ke kanan ke kiri. Apa yang aku buat dekat tempat2 mcm ni? Awal minggu ni, hari isnin lepas aku dikerah untuk pergi sampling di slaughterhouse. Trial kali ini adalah untuk melihat tenderness daging yang berlainan pH. Sample yang perlu diambil adalah daripada 60 ekor lembu berlainan yang terdiri daripada 3 berlainan pH (dikelaskan sebagai ph rendah, pertengahan dan tinggi). Untuk satu kelas pH, sebanyak 20 ekor sample lembu diperlukan. Aku agak terkejut pada mulanya bila saja sampai di parking slaughterhouse ni. Banyak gila kereta, memang ramai jugak pekerja farm ni. Tambah pula, summer season ni mmg peak season, lebih byk slaughtering dibuat. so ramai yang datang keje part time. Slaughterhouse ni adalah di

Sweet Corn

Image
Musim sweet corn di sini tiba lagi. Memang x sabar nak makan..tapi kene tunggu harga turun dulu. Bila harga akan turun? Bila productionnya berlebihan nnt. Skrg, di kebanyakan ladang, pokok jagung manis masih kecil lagi. By end of Feb nnt, mmg jagung2 ni akan dipetik byk2.. Aku masih ingat sewaktu di tempat keje (AgResearch) tahun lepas, kwn2 ditempat keje agihkan sweet corn. Seingat aku, sebanyak lbh krg 15 biji diberikn kpdku. Memang semuanya manis x beragak. AgResearch mmg ada tanah yg ditanam jagung manis ni. Kawan aku yang bekerja Plant Protection Dept telah dikerah pg ke farm untuk kutip sweet corn ni...Diorg yang distribute ke Dept lain.. Preparation nk mkn senang je. Kalau masuk 1-3 biji masuk microwave dalam 6-8 minit je (buat high power). Tengah panas2 lagi, sapu dengan salted butter...mmg laaaaa nikkkkmaaatt..ee..kecur air liur aku.. Sekarang ni pokok jagung tengah merimbun....buahnya kecik2 lg. Alhamdulillah, diberi juga kesempatan merasa nikmat yg diberi Allah ni. Memang bi

Identiti NZ

Image
Just nk share ape yang iconic bagi New Zealand.. Fern memang terkenal sebagai icon paling utama NZ. Ini..pucuk dia kot..hehe, sebelum dia jadi daun fern... Inilah rupa fernnya...Kalau masuk hutan, bersepah2..tepi2 sungai pun banyak Ini gambar lebih upclose..I Like.. Selain dari fern, bila summer dh start, pokok Pohutukawa (aku rasa betul dah ejanya) mula berbunga. Bunganya merah, suka sangat aku tengok. Pokok ni memang sinonim di tepi2 pantai. Biasanya scenery ni biasa digunakan dalam postcard, calendar NZ. Ini la rupa upclosenya..berbulu2..macam rambutan pulak. Nanti kalau ada gambar yg iconic to NZ, akan aku update lg. Korek punye korek folder gambar yag dah x larat nk tengok, terjumpa la gambar sheep dgn typical cow dekat NZ ni..lembu susu itam putih Lembu susu, jinak jugak, tapi sebenarnya kalau dekat farm, xkan dapat ambil gambar upclose mcm ni unless zoom la. Sebab mereka ni agak takut2 gitu..dengan orang. Tapi ni ambil waktu pergi field day, farmers adakan exhibition antaranya t

1 Jan 2010: Buat ape je?

Image
Tiada sambutan atau countdown untuk memasuki tahun baru.. Malam 31hb sekadar lepak bersama kawan2 di rumah bercerita tentang road trip mereka ke South ISland. Tidak merasa sangat suasana tahun bari seperti dibandar2 lain...di Hamilton tidak semeriah di tempat lain (bandar-bandar besar). Cukup sekadar lepak2 dirumah menikmati hari cuti umum..dan buat benda lain yang lebih berfaedah. Budaya disini apa lagi kalau bukan "minum". Ramai2 bersama kwn2 memenuhi pub menikmati air kencing syaitan. MOga Allah menjauhi kami semua dari semua ini hingga kami habis belajar, maklum sajalah, cabaran memang hebat bila di luar negara ni..usah ckp oversea, agak2nya, kawan2 di bandar2 besar di Malaysia juga mungkin lagi hebat cabaran sosial nya.] Apa2 pun minta dijauhi. Sekarang ni sebenarnya musim pindah di Hamilton ni. Ramai kakak2 abg2 postgrad sudah/bakal menamatkan pengajian mereka. Maka ramai yang sibuk menguruskan hal pindah-memindah. Bila ada yang balik for good, akan ada pula Malaysian l