Posts

Showing posts from December, 2010

Tiba di penghujung

Image
Tanggal 13 Disember 2010, tamat sudah kesah hidup sy sebagai pelajar first degree. Syukur Alhamdulillah, complete sudah requirement untuk Bachelor of Science (Hons.) (Materials and Processing). Tahniah untuk diri sendiri! MY FIRST PROPOSAL Ada cerita lawak gila..Dah lepas submit semua, sy bersama rakan pergi la ke tearoom untuk morning tea. Ada la bawak kek and karipap untuk kawan2 satu lab and supervisors. Tengah senyap2 menikmati makanan & small chats..tetiba je.... "Will you be my wife???", Mark Lay (Supervisor yang berbaju hijau) tetiba bersuara while looking at me. Satu meja gelak terbahak2!!! Sy pun terkejut! hahahaaahhah. Sengal la SV yg sorang ni. Semua gara2 karipap yg sy bwk..hahahaha. masa mula2 start makan, dia senyap je duduk makan karipap..hahahahah. menikmati betul2. tetiba kuar proposal sengal dia, sakit perut semua gelak. Ada budak2 ni buat jokes: "When r u converting??" Suka betul dia karipap (sampai nk kawen ngn aku...huhuhu). Kalau tau awal2...

Manusia dan Ujian Allah

Assalamualaikum Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Saban hari kita diuji Allah untuk dinilai siapakah hamba-Nya yang sabar dan paling dekat dengan-Nya. Tidak Allah jadikan kita sia-sia di muka bumi ini melainkan untuk memperbesarkan-Nya. Kita diuji dengan kemiskinan, kematian, penyakit. Malah kekayaan juga merupakan satu bentuk ujian dari Allah. "Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah Al-Baqarah:155] Maka orang-orang yang bersabarlah memperoleh keberuntungan di dunia dan di akhirat kelak sebagaimana dijanjikan Allah. Kemuliaan manusia bkn terletak pada kegagahan dan penampilan dan kekayaan. Kemiskinan pula bukan membawa maksud hidup seseorang itu sengsara. Sifat manusia dalam menghadapi ujian Allah digambarkan dalam ayat.. “(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian maka kebanya...

koleksi pohutukawa

Image
Assalamualaikum Pejam celik dah bulan disember balik. Apa yang best bulan disember ni, mestilah cutinya yang panjang. SUMMER BREAK. Summer holiday 2007/2008, selepas saja habis pengajian tahun 1, saya dan rakan2 undergrad di Hamilton segera pulang ke Malaysia, menghabiskan cuti 3 bulan lebih di tanahair. Summer holiday 2008/2009 pula, saya tidak berkesempatan untuk pulang kerana bekerja sepanjang 3 bulan. Namun, dicelah2 tempoh bekerja, sempat juga travel sewaktu cuti xmas dan tahun baru yang agak panjang lebih kurang 2-3 minggu. Begitu juga summer holiday 2009/2010, pun disibukkan dengan hal bekerja, hanya sempat travel waktu xmas & new yr holiday. Summer 2010/2011 tak sempat nak berjalan sangat walaupun tak bekerja. bukan ape, pengajian pun hampir tamat, tapi kerja belum siap sepenuhnya. tambah pula, bajet mmg tight sikit memikirkan balik malaysia nanti perlu pg job hunting. hehe. Tapi 3-3 summer, sy sempat jumpa pokok feveret sy yang menjadi icon New Zealand. POHUTUKAWA. Pokok ...

Cara Mempertingkatkan Iman

Assalamualaikum w.b.t Sejak kebelakangan ni, banyak jugak waktu lapang yg sy ada. Sambil duduk mengadap komputer, sempat jugak sy membelek buku nota kecik2 zaman tok kadok. Apa yang akan saya list kan nanti adalah sedikit perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan iman. Sy tak pasti dari mana sy ambil tapi seingatnya, saya pernah terbaca satu artikel tentang cara2 ni dan copy ke dalam notes sy. Tanpa panjang lebar lagi, berikut adalah sedikit sebanyak apa yang kita boleh lakukan untuk memantapkan lagi iman kita kepada Allah s.w.t, insyaAllah 1. Selain dari solat fardhu, kita juga sebaiknya meluangkan masa untuk besolat sunat rawatib 2. Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat 3. Solat dhuha setiap pagi 4. Amalan tetap harian-Al-Mulk 5. bertahlil: Baca La Ilaha Illa Allah Wahdahu La Sharikalah Lahul Mulk wahu wa ala kulli syaiin qadir 6. sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 7. memperbanyakkan Bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (A...