Meeting berjalan lancar

Setelah 2 minggu berjauhan dengan Uni (poyo je..dekat je dgn uni, tp buat kerja diluar) akhirnya ana kembali meneruskan kerja di uni.

Tapi yang x syok nye, hari jumaat lepas x hilang lagi penat, email dari supervisor masuk inbox. Bunyinye begini..

Hi Norzana and Hazwan,

Janis has some Food Technology people coming in a couple of weeks – we were wondering if you would like to give a 10 min presentation on what you’ve been doing?

Also, Jonathan Cox is visiting on Monday 1pm – we’re just meeting in the engineering office and having coffee in the tearoom at 1pm – so it would be good if you can come along with some samples, powders and meat samples, and any results you’ve got so far.

Cheers,

Mark

Adoih..rasanye, lepas 2 mgg yg memenatkn tu, ada la waktu free sket (namun module2 yg perlu dibaca & dibuat report masih berjalan) sbb kerja lab & other stuff kurang sket.

Alih2 Jonathan Cox mau datang pula. short notice jugak..jumaat dapat email, Isnin nk jumpa. Data pun tak berapa sempat nak proses.

Tapi, alhamdulillah..ada juga diberi kesempatan waktu untuk play arnd dgn data, & actually sempat buat simple graph & conclusion daripada data. Boleh la present sedikit sbyk dekat Jonathan.

Jonathan ni pegawai R& D Mars Petcare. Anda tau x makanan kucing WHISKAS, makanan anjing PEDIGREE..itu la product MarsPetcare.

2 tahun lepas, ana sempat juga bekerja untuk projek petfood jugak, grant research pun dapat dari MarsPetcare. Masa tu, terkejut juga bila dapat tau, Mars Bar, M& Ms, maltisers, bounty..etc..(confectionary products yg popular2 tu) rupanya bwh company sama. hahaa. Ingat lagi, masa si Jonathan datang melawat tempat kerja nak tgk progres research mcm mane, dia bwk satu kotak besar goody box! mcm2 ada.. ana sempat sambar Maltiser, yang lain2 jugak. Tak sampai hati nak amik byk mengenangkn kwn kerja lain ada anak2 kecil..mereka lebih layak..muahhaa. Masa ana terlibat dengan research petfood ni, sebenarnya part yang ana amik sebahagian drpd research yang besar. Jonathan bg tau masa meeting, research tu membolehkan Mars Petcare launch produk baru..& yang plg xleh blah, produk baru tu menguntungkan MarsPetcare NZD 2 juta setahun (2009). Fuhhh...untung2.

Ingatkan sampai situ saje keja2 petfood ni. Alih2 bila buat honours, rupanya Mars Petcare ada lagi kasi research grant, tapi dekat uni pulak, dulu kasi dekat AgResearch.

Dengan simple conslusion yang sempat dibuat, Jonathan berpuas hati dengan kerja2 petfood yang kami buat. Mungkin lagi banyak kerjasama dengan uni lepas ni.

Kerjaku tidak terhenti disini, dalam emel tu ada cakap pasal presentation yang xde dalam wall planner ana skrg ni. haish...Final presentation ada la. tu pun 2-3 bln lagi.

Macam mana pun, alhamdulillah sgt2...Tiada ucapan lain melainkan syukur tak terhingga pada-Mu ya Allah. Semua yang dirancang, ada yang terlari dari perancangan, namun, setakat ini walaupun kadang2 merasa kesusahan, segalanya terasa dipermudahkan oleh-Nya. Dialah sebaik2 yang menentukan. Alhamdulillah..



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di New Zealand part 1- Makanan

Kisah King Midas

Empat musim di bumi New Zealand