Ramadhan...It's Here..
New Zealand Muslims akan mula berpuasa pd 22/8/09 (sabtu). Sama hari dengan Malaysia. Pejam celik pejam celik, Ramadhan kembali lagi. Mmg masa begitu pantas. Harapan menggunung tinggi, moga amalan bertambah, bukan saja kuantiti namun yang paling penting kualitinya. Banyakkan doa sempena bulan mulia ni. Kurang bercakap benda yang tak berfaedah, banyakkan zikir. Puasa kali ini, disambut dengan penuh perasaan syahdu, bagai ada sesuatu yang menyentap hati ni..mungkin kerana memikirkan nikmat masa yang diberikan. 2 minggu pertama puasa adalah 2 minggu cuti (spring break) universiti. Bermulanya break, bermula juga Ramadhan. Alhamdulillah ya Rab. Moga waktu yang dikurniakan ini mendapat keberkatan (diisi sepenuhnya, sebaiknya). InsyaAllah...selamat Berpuasa semua!
p/s: Bila Ramadhan, lagu ni begitu sinonim, hayati senikata lagu nyanyian Manbai & Raihan.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Comments