Pesta Floral Putrajaya 2012
Assalamualaikum! Ujung minggu lepas sempat jugak aku singgah di Pesta Floral Putrajaya 2012 di Presint 2..walaupun di celahan kesibukan berinduksi ni..Banyak pokok2 yang cantik2...geram jugak tengok..hampir terbeli pokok kaktus yang comel2 tu, tapi memikirkan...malas pulak nak jaga (walaupun kaktus tak perlu jaga sgt..hahaha), malas nak ada komitmen..ishhhh...negative betul bunyinya. Pendek kata, kalau ada perasaan mcm tu, jgn membazir nak beli2! saving...! Pokok cili bagaimanapun nampak menarik..ada kegunaannya pun kalau beli. tapi lalu tengok saja je, tak terbeli..ada 2 hari lagi pesta, mungkin sempat untuk beli pokok cili...hehe
Orkid di pesta ni memang pelbagai, lelaki perempuan, semua aku tgk minat orkid...sbb mmg cantik! Subhanallah...itu aja yang mampu aku ucapkan sambil memerhati kepelbagaian orkid...sangat halus & berseni ianya diciptakan..macam rama2 pun ada sebab corak2nya agak bersimetri..nah, ada satu gambar je aku nak kongsikan..yang mana2 berkesempatan, ada lagi 2 hari, pergi la tgk2.. takkan karnival belia je muncul..pesta floral ni lg best, dekat kepada Pencipta tumbuhan2 yang cantik2 ini...
Kepelbagaian Orkid dan Floral |
Maklumat lanjut:
http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html
Comments