Rajin pulak hari ni buat tiramisu..hehhe..tak pernah ada entry masak-masak lagi sebelum ni. Ini yang first kot. Trial & error. Buat cincai2 je..Tapi siap ada heart shape lg tu. hehe. takde kerja betul. Ada nampak 23 tak? Tiba2 jugak rasa nak letak. Pandangan dari sisi. Takde plan pun nak taruk chocolate chips tu..tapi bila shopping2 beli barang utk buat Tiramisu ni, tangan laju aje capai. nasib baik murah je. To be honest, tak jadi pun tiramisu tu. Hahahha.. Sebab tak jumpa cari biskut yang memang wajib untuk tiramisu, biskut savoiardi (atau biskut lady finger). Lagi satu, tak sempat keras pun, baru 3 jam dalam fridge dah kena scoop...Tak sabar nak nengok hasil..=) Sepatutnya kena simpan dalam 8 jam sebelum makan..alahai..kesian, tak sempat nak set betul2. bertimbun-timbun lagi resepi dessert nak try ni. Satu buku! weee~
Posts
Waihi Summer Outing
- Get link
- X
- Other Apps
3 minggu lepas agaknya, pergi mandi pandai di Anzac Bay Waihi Beach, sejam stgh drive dari Hamilton. Seawal pukul 9 pagi, air masih keruh kerna air pasang mengangkut daun2 gugur di gigi pantai.. Air laut pada masa tu just nice untuk mandi. Mula2 digigit kesejukan jugak. Selepas setengah jam berendam, badan dapat menerima kenikmatan air laut yg sejuk menyegarkan. Macam kayu balak plk diorg ni =p Berendam je la..(sebenarnya suruh snap picture kami dengan boat di belakang tu) Dah nak mula backstroke (ecehhh..) Dah seliter telan air masin. Kita rehat2 dulu la ye. Haihs....tersedak lagi..nak msk 5 liter dah air masin..hahaha steady je kak shira..bibir aku dah kecut, tak tahan la dengan air masin Kami seronok dapat mandi pantai! Kami dah siap mandi awl2..pukul 9 dah masuk air. Turn mat2 saleh pulak masuk air..Makin ramai bila dah pukul 11 ke atas. Memang cantik & nikmat! Subhanallah!
Menghitung hari
- Get link
- X
- Other Apps
Sedar x sedar, 2 Februari tiba lagi. Semoga dengan peningkatan umur diharap selari juga dengan peningkatan iman, ilmu dan amal =) Selamat hari lahir! Selamat hari lahir juga Abg Long! Tersipu2 aku senyum bila Abg long sms "hepi bday adik, syggg adikk!" hehehe...masa tu dalam ofis, senyum kambing sorang2, mesti abg aku br lps subuh. Pukul 12 tghhari waktu NZ, dalam pukul 7 pg waktu m'sia. Haha. Aku pula baru tepon wish Abg long tadi, lps habis kerja. Kami punye tarikh lahir sama! . X sabar dah nk pegi makan dekat Indian restaurant tu..sempat lagi posing pelik2 depan rumah..hehe.. Kwn2 di ofis pun ramai yg wish, (kene wish tau..terpaksa agaknya) sbb aku dah bawak kek. 2 jenis lagi. kek pisang & kek coklat. hehehe... effort tu baking!. Bawak kek dulu sblm Pak cik Pete dekat tempat keje bawakan kek. Tahun lepas dia tanya aku nk carrot cake or chocolate cake. Aku jawab carrot cake. Last2 dia end up beli 2-2. Dapat 2 la kek on my b'day!. weeee~~~ Blk rumah, Diana n K. Z...
Sehari di Rotorua
- Get link
- X
- Other Apps
Trip sehari ke Rotorua, lebih kurang sejam setgh dari Waikato Uni di Hamilton. Trip hari Sabtu 30/1/01 ni sebenarnya untuk bawa Kak Sha dari Canterbury uni jalan2 North Island. Tempat paling dekat dan menarik Rotorua la. Mula2 singgah di Agrodome, sebenarnya tempat sheep show. Show ape? show macam mane nk dapatkan wool dari sheep (sheep shearing) n sheepdog..hehe..tapi hanya dapat lihat sheepdog, sbb x masuk dalam pun =( Kena bayar mahal. Ini la rupa sheepdog. Kebetualan ada free show dekat luar Agrodome. Tengok tu sheep kene asak dengan sheepdog tu. Sheep dog ni mmg dengar cakap btl. Bila dia stat jalan 2-3 langkah then the owner cakap "lay down", sheepdog ni terus duduk..berhenti dari takut2kan/kejar sheep. hehe..mcm gitu la serba sedikit cerita sheepdog ni. Sume sombong, xnk pandang camera, jual mahal! xpe.. Dekat area yang sama, x jauh dari Agrodome, ada Zorb..main golek2 dalam bola besar ni dari bukit. Hanya menjadi pemerhati..x kuasa la nk spend 50 dolar untuk golek2 da...
Nikmat hati, mata dan telinga
- Get link
- X
- Other Apps
Allah berfirman dlm surah Al-A'raf yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" [7:179] Ya Allah, jadikahlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu....
Cuakness
- Get link
- X
- Other Apps
Cuakness melanda....adehhh..ape pasal? esok kene pergi sampling lagi. sekali lagi ke salughterhouse tapi tempat lain pulak. expect the worst. So kalau problem esok xde la kecewa sangat. Pesal berdebar tak tentu pasal ni? hish...entah la. tunggu dan lihat esok. Harap2 semua berjalan lancar spt dalam plan. Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman yang baik dalam apa yang bakal aku lakukn dan permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini.
Menangani Stress Cara Islam
- Get link
- X
- Other Apps
Sekadar berkongsi artikel yang ditulis oleh saudara KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR di ruangan bicara agama Utusan Online. Mungkin korang penah terbaca sebelum ni.
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat. Banyak imp...