Posts

Ramadhan...It's Here..

Image
New Zealand Muslims akan mula berpuasa pd 22/8/09 (sabtu). Sama hari dengan Malaysia. Pejam celik pejam celik, Ramadhan kembali lagi. Mmg masa begitu pantas. Harapan menggunung tinggi, moga amalan bertambah, bukan saja kuantiti namun yang paling penting kualitinya. Banyakkan doa sempena bulan mulia ni. Kurang bercakap benda yang tak berfaedah, banyakkan zikir. Puasa kali ini, disambut dengan penuh perasaan syahdu, bagai ada sesuatu yang menyentap hati ni..mungkin kerana memikirkan nikmat masa yang diberikan. 2 minggu pertama puasa adalah 2 minggu cuti (spring break) universiti. Bermulanya break, bermula juga Ramadhan. Alhamdulillah ya Rab. Moga waktu yang dikurniakan ini mendapat keberkatan (diisi sepenuhnya, sebaiknya). InsyaAllah...selamat Berpuasa semua! p/s: Bila Ramadhan, lagu ni begitu sinonim, hayati senikata lagu nyanyian Manbai & Raihan. Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa ...

3rd Trip to Ruapehu

Trip ke Ruapehu lagi! yayy! Mt Ruapehu terletak dalam area National Park, tengah2 North Island, NZ. Kalau dari Hamilton, tempat tinggal kami student2 Waikato University, perjalanan ke Mt Ruapehu ambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sepanjang perjalanan, ada la beberapa bandar kecil yang dilalui. Mt Ruapehu ni sinonim dengan aktiviti skiing, snowboarding, tobogganing....dan mcm2 lagi aktiviti melibatkan snow. Kedudukan Mt Ruapehu yg agak tinggi dari paras laut berbanding kawasan2 lain sekitar north island menjadikan kawasan ni sentiasa dipenuhi salji bermula penghujung musim luruh-sejuk-bunga hingga awal musim panas. 1st time trip masa pertengahan spring-bln 8 waktu spring break. 2nd time trip masa awal spring- middle july, siap snowing lagi... tp x dpt naik atas, coz it was heavyly snowing...3rd time trip yang paling best, sebab pegi overnite satu mlm, pg naik atas dekat skiing area 2 kali..n of course sebab ramai malaysian, trip yang dianjurkan oleh Asma (housemate) berjaya menarik 30 org...

WUMA Bowling Tournament

Image
Setelah agak lama WUMA (Waikato University Malaysian Association) tidak beraktiviti, esok tibalah masanya ahli kelab berentap untuk bergelar juara bowling Hamilton. Penyertaan agak mendapat sambutan walaupun tempat yang ditawarkan agak terhad berikutan bajet yang sederhana saja untuk event kali ini (kepada yang tak sempat register as a player, minta maaf banyak2, next time could be yours). Peserta yang terlibat 28 orang, 4 org satu team. jadi semua sekali yang bertanding, 7 teams untuk rebut hamper bernilai $30 (1), $20 (2) dan $10 (3). Hamper kami sedia tidak sehebat ini ye? jgn kecewa ye! Pertandingan diadakan di SkyCity Bowling, Hamilton city. Yang tak main pun turut dijemput sama untuk memeriahkan lagi suasana. rasanya, untuk aktiviti kali ini, lebih ramai yang akan datang sebab, perserta2 terdiri daripada para bapa dan suami dan ibu. Harap-harap, aktiviti ni dapat memberi ruang untuk Malaysian untuk berkenalan, berkongsi cerita dan pengalaman yang secara tak langsung dapat mengera...

3 Minggu pulang ke Malaysia

Image
Sudah hampir sebulan tiada sebarang post baru dibuat... sekarang sudah hampir seminggu ak balik dari malaysia. waktu 3 minggu terasa sangatlah pendek. celik mata, skrg dah dekat NZ balik. hehe. Tempoh 3 minggu di malaysia, aku isi sepenuhnya dengan aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga aktiviti bersama perut. hehe. Picnic bersama keluarga - Telatah si kecil bersama Wan nye Mula-mula sampai setelah hampir setahun tidak pulang, bahang hangat dek cuaca yang begitu panas di malaysia mula terasa. Mcm cacing kepanasan?? Dengan perubahan cuaca sebegitu, (ye la, di NZ winter) mudah saje suhu badan pun naik. Pengalaman yang tak dapat dilupa bila ak nahas2 nak kene kuarantin for a week in Hosp. Sg Buluh, suspected for INfluenza A H1 N1. Gile ape?? Balik pun 3 minggu je, kene kuarantin seminggu, apa jadah? Cuak kejap masa tu.... al-kesah nya: Masa ak sampai kat KLIA tu, ada dalam sejam lebih sebelum ak catch connecting flight ke Kuantan. Berkejar-kejar la nak dptkan boarding pa...

SELAMAT PENGANTIN BARU SUHAIZA HANIM!

Image
Hanim & Hazrell Masa cepat betul berlalu. Alih-alih sorang lagi kenalan aku dah nak kawin. Suhaiza Hanim Hanipah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Hanim. Perkenalan yang singkat, namun taliannya begitu kuat. Alhamdulillah. Dia akan melangsungkan perkahwinan hari ini, 20 JUN 2009. Menyusuri sejarah perkenalan kami: Masa tahun pertama di NZ, aku mmg daftar masuk Uni Hall. Uni hall ni self-catered, satu apartment, ada 4 bilik. Masa mula2 sampai, aku bertiga sekali dengan Asma dan Zahirah. Sebelum kami sampai di Waikato ni, setakat maklumat yang kami terima, memang tak ada lagi student JPA dihantar ke uni ni. Kami memang xde kenalan langsung, tiada siapa yang dapat dihubungi. Kami anggap memang tiada Malaysian langsung kat uni ni. Sejurus sampai di Uni Hall, dengan keadaan letih setelah long hours flight, kami mengiyakan saje bila ditanya oleh pengurus asrama sama ada kami nak mkn di dewan makan atau tidak untuk hari itu. Kami dah bajet2 nak amik meal vegetarian masa tu, yelah yang...

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Image
This morning, I'll be sitting for my final exam for the semester. This gonna be the first paper. Advanced Biochemistry. I kinda like this paper compared to other I've taken for this semester. The other two are Genetics, which I hate it so much! =( and one more is Special Topic- I chose to do guided research on Honey. It was interesting to have the chance of working on honey. I completed the final report and presentation, and that's it for that paper! Finish!. Only two paper left for the final exam, ThankGod!...Alhamdulillah. Why do I like Biochemistry so much? Easy....to me, it's attractive, informative, and most of all, it makes sense. In this way, it helps me alot to understand, rather than just memorizing everything, and tend to forget later on, I found that this time, it stuck in my head..everything I read makes sense..thanks to my precious and passionate lecturer, Prof Peter Molan. Everything tought by him seems interesting enough to learn (even there were always h...

BIMBANG SWINE FLU

Image
Keadaan swine flu skrg agak membimbangkan aku. Masa mula-mula hangat berita dekat Mexico, aku buat tak tahu je. Pastu bari 3-4 hari lepas, berita pasal swine flu ni dah jadi berita utama balik dekat tv-tv NZ. Dekat NZ ni, kes pertama x silap la, student sekolah yang baru balik dari lawatan luar negara ke negara2 yang terbabit. Baru 3 hari lepas, pneyakit ni dah diisyhtihar PANDEMIC. Pandemic ni maksudnye, penyakit ni dah widespread, affecting people from many countries. Jadi, mana2 negara, penduduknya ada risiko untuk dijangkiti. Kalau sebut EPIDEMIC, ni maksudnya, penyakit sangat pantas merebak dalam satu kumpulan orang tu. Bimbang jugak pasal swine flu ni sebab dalam masa less than 2 weeks dari masa aku tulis ni, ak akan terbang ke malaysia. travelling overseas is one of the easiest way to catch the virus. Setakat waktu ini, (7 pm, 17 jun) dekat NZ dah ada 127 confirmed swine flu cases, with another 20 probable cases. Peningkatan 18 confirmed cases daripada semalam...sungguh merisau...